Monday, 1 July 2013

Brazil juara Piala Konfederasi

RIO DE JANEIRO: Dua gol daripada Fred serta satu jaringan Neymar membolehkan tuan rumah Brazil mengalahkan juara dunia Sepanyol 3-0 dalam perlawanan final Piala Konfederasi, di stadium Maracana awal pagi ini.
Fred menjaringkan gol pertama Brazil kurang dua minit selepas perlawanan bermula dan Neymar menambahkan jumlah jaringan pasukan itu sejurus sebelum separuh masa pertama berakhir.
Sementara itu, Fred menjaringkan gol kelima dalam lima perlawanan pada awal separuh masa kedua untuk memberi kemenangan yang boleh dikatakan mudah mengatasi Sepanyol.

Sergio Ramos gagal melaksanakan sepakan penalti bagi Sepanyol pada minit ke-55 dan pemain pertahanan Sepanyol, Gerard Pique dibuang padang selepas mendapat kad merah kerana mengasari Neymar pada minit ke-68

Neymar juga memenangi anugerah pemain terbaik kejohanan Piala Konfederasi, manakala penyerang Sepanyol, Fernando Torres memenangi anugerah Golden Boot dengan jaringan lima gol semasa kejohanan itu.

Penjaga gol Brazil, Julio Cesar pula memenangi anugerah Golden Glove.

Barisan pemain

Brazil: Julio Cesar, Daniel Alves, Thiago Silva, David Luiz, Marcelo, Luiz Gustavo, Paulinho (Hernanes, 88), Oscar, Hulk (Jadson, 73), Neymar, Fred (Jo, 80). 

Spain: Iker Casillas, Gerard Pique, Andres Iniesta, Xavi Hernandez, Fernando Torres (David Villa, 59), Pedro Rodriguez, Juan Mata (Jesus Navas, 52), Sergio Ramos, Sergio Busquets, Alvaro Arbeloa (Cesar Azpilicueta, 46), Jordi Alba.

No comments:

Post a Comment