Wednesday, 26 June 2013

4 Cara Mudah Penjagaan Tubuh Badan Yang Sihat!!!


Salam…
before after cartoon11 4 Cara Mudah Penjagaan Tubuh Badan Yang Sihat!!!
Yang mana satu piliha korang???nak jadi gemuk @ kurus??ataupun korang nak 50,50..gemuk tak, kurus pun tak..orang kata pertengahanlah kan…hehehe..tapi adakah orang gemuk je, tak jaga kesihatan..orang kurus je, kurang makan..ye ke???betul ke??korang pikir-pikir lah sendiri..
Tapi, bagi pendapat Pengembara Ilmu, tak semestinya sebegitu. Kalau korang makan banyak-banyak jugak tapi still kurus jugak, macam mana??macam lah sorang kawan Pengembara Ilmu nie, memang suka makan, tapi badan maintain je..jelous pun ada..so, tak boleh nak kata orang kurus sebab kurang makan..
Ha..Tak kisahlah badan kita kurus atau gemok, yang penting kita mesti jaga kesihatan diri. Itulah perkara yang paling-paling penting. Bak kata pepatah, “Badan Sihat, Otak Cergas”. Barulah bleh jadi budak pandai..Sapa yang tak nak pandai kan?? Selain tu, badan yang sihat juga membawa kepada kecerian hidup. Ye lah, kalau sakit slalu mesti tension…
Jadi, disini terdapat beberapa cara-cara untuk menjaga kesihatan diri korang. Lpaz nie korang try-trylah untuk mengamalkannya.
  1. 1.   Pemilihan pemakan yang sihat
Pemilihan pemakan yang sihat adalah amat penting untuk semua manusia di muka bumi ini sebab ia merupakan apa yang korang akan makan. Kalau korang makan makanan yang tak sihat, effectnya kesihatan korang pun tentulah akan terjejas dan sebaliknya. Pemakan yang sihat terdapat pada pyramid makanan. Korang perlu elakkan makanan yang berlemak sebab boleh membawa kepada macam-macam jenis penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya..jangan kena sakit hati pulak ye..
Food Pyramid 300x260 4 Cara Mudah Penjagaan Tubuh Badan Yang Sihat!!!
  1. 2.   Minum air yang secukupnya.
Cara nie memang mudah. Korang hanya perlu minum air 6-8 glas sehari. Tak susah pun minum air nie kan. Sekarang pun teknologi dah canggih. Korang tak perlu masak air lagi dah. Tadah je air kat paip korang, then minum. Memang mudah kan. Tapi pastikan rumah korang ada “penapis air” tu ye..Jangan korang minum air paip yang belum di masak tu sudah..minum air nie bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan membersihkan kotoran dalam tubuh badan. Air nie mestilah air kosong atau air masak. Jangan pulak korang minum air berges atau air yang manis-manis. Memang tak kan sihat lah jawabnya.
air masak 4 Cara Mudah Penjagaan Tubuh Badan Yang Sihat!!!
  1. 3.   Bersenam dan banyakkan aktiviti yang berfaedah
Bersenam memang diakui membawa kepada kesihatan tubuh badan yang baik. Sebabnya, dengan bersenam membuatkan manusia sentiasa sihat, cergas, cerdas dan yang seangkatan dengannya. Dan yang paling penting, dengan bersenam akan dapat menguatkan dan menyihatkan jantung. Manakala, aktiviti yang berfaedah seperti bercucuk tanam ke, mengemas rumah ke adalah lebih baik diamalkan daripada korang melepak dalam bilit ataupun melepak depan game-game korang.hehehehe
bersenam 300x276 4 Cara Mudah Penjagaan Tubuh Badan Yang Sihat!!!
  1. 4.   Dilarang merokok.
Nie salah satu cara yang ramai jugak tak suka kot. Dilarang merokok , sebabnya orang yang merokok nie mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. Korang tau-taulah sendiri kan sebab dalam television pun dah banyak iklan bahaya merokok nie. Jadi jauhkanlah diri korang dari merokok. Asap rokok pun dah bleh beri effect, inikan pulak kalau merokok!!!
dilarang merokok 4 Cara Mudah Penjagaan Tubuh Badan Yang Sihat!!!
Selesailah sudah 4 cara penjagaan tubuh badan yang sihat..slepas nie korang amal-amalkan slalu..jangan baca je tau!!!Renung-Renugkan Dan Selamat Beramal!!!!!

No comments:

Post a Comment